Kapal terbang Pertempuran_anti-kereta_kebal

Bermula pada Perang Dunia II dengan Hawker Hurricane MK. IID, Hawker Typhoon, Henschel Hs 129, Ilyushin Il-2, dan Junkers 87 Stuka G-1 dan G-2; banyak kapal terbang, termasuk A-10 Thunderbolt II dan SU-25 Frogfoot, telah dibina khusus bagi sokongan udara dekat, termasuk pemusnah kereta kebal. Ia boleh menggunakan senjata sama seperti helikopter, meriam anti-kereta kebal berkaliber besar, peluru berpandu udara-ke-darat (contoh. AGM-65 Maverick), dan pelbagai bom -- tak berpandu atau panduan laser dan bersama atau tanpa anak peluru.

Helikopter

Apabila helikopter anti-kereta kebal muncul dan mampu menyerang bahagian atas kereta kebal yang berperisai nipis, sesetengah pihak mendakwa penggunaan kereta kebal pada asasnya lapuk. Pertempuran antara kereta kebal dengan helikopter di kalangan pasukan yang seimbang tidak berlaku selama beberapa tahun, dengan itu kesimpulan ini terlalu awal.

Ancaman tunggal terbesar kepada kereta kebal moden hari ini adalah helikopter anti-kereta kebal yang dilengkapi dengan peluru berpandu ATGW atau meriam anti-kereta kebal.

Helikopter boleh meletakkan dirinya pada kedudukan di mana ia tidak mudah dapat dilihat dari kereta kebal dan kemudian menyerang dari sebarang arah. Pemandangan terhad dari kereta kebal yang tertutup menjadikan helikopter lebih sukar dilihat.

Kebanyakan helikopter yang dipasang dengan pelancar ATGW mempunyai jarak julat yang mencukupi agar ia berada dalam keadaan yang sesuai dan mampu melancarkan peluru berpandu dari dari jarak cukup jauh bagi mengelakkan daripada diserang balas oleh kereta kebal dengan persenjataan mereka. Keadaan ini mungkin berubah apabila Israel memasang peluru berpandu Lahat yang mampu ditembak melalui meriam utama kereta kebal utama Merkava. Dengan peranan sebagai anti-kereta kabal dan anti-helikopter, ia dapat mengimbangi medan pertempuran. Begitu juga dengan kereta kebal Arjun MBT India yang telah diubah suai bagi menembak peluru berpandu jenis ini. Pihak Rusia turut mempamerkan sistem yang sama atau lebih maju lagi dengan Reflex. Sistem ini membabitkan pensasaran automatik sasaran udara/darat dimulakan oleh sistem amaran laser.

Sungguhpun pemasangan senjata pada helikopter kemungkinannya bermula sejak 1955 dengan Bell 47; helikopter penyerang khusus anti-kereta kebal yang dihasilkan secara pukal adalah Bell AH-1 Cobra pada tahun 1966.